Wednesday, September 2, 2009

BILA HIDUP DIPENUHI KASIH DAN SAYANG

Eh...sapa lak ni? Ohhhh...kekasihku dan budak gila boling. He he he...setiap hari berjumpa, pun rinduku tetap tidak mahu hilang. Biarpun berada di depan mata, aku tetap juga merindu bagai nak gila. Atau...memang aku gila kot? Salah ker kalau kita tetap merindu walau tiap hari bertemu....??? Setakat ni polis belum lagi tangkap aku. Kik kik kik...

Dalam serba sederhana...aku rasakan bahawa akulah manusia yang paling kaya. Sang kekasih dan si gila boling ini telah melengkapkan hidupku. Allah Maha Kaya. Aku memang manusia yang paling simple dan tidak banyak permintaan. Doaku selepas solat juga pendek. Bukan kerana aku sombong. Tapi, terasa malu pada Allah untuk meminta lebih-lebih...kerana kehadiran dua insan ini merupakan anugerahNya yang tidak ternilai.

Buat Si Gila Boling...I LOVE U so MUCH. You will always be my number one. ALWAYS. Dan buat Sang Kekasih...kasih sayang, cinta kasih, perhatian dan kemanjaan yang kau berikan telah mengharumi hari-hariku.

So sorry...sebab kalian berdua sering menjadi mangsa jenaka dan usikanku....The truth is...Both of you are the BEST. And will always be.....kik kik kik.

No comments:

Post a Comment