Wednesday, December 30, 2009

November 2009...setiap tahun ada November....setiap tahun juga ada hari ulangtahun kelahiran....aku bersyukur kepadanya kerana dikurniakan sang kekasih dan si dara pingitan. Lebih bertuah lagi kerana aku dikelilingi oleh ahli keluarga yang menyayangiku juga kawan-kawan yang begitu baik-baik semuanya.

Murid-murid yang kecil dan berhati luhur adalah penawar hati yang amat bernilai. Pada mereka kasihku tumpah. Tiada gundah...tiada gulana tiap kali berhadapan dengan kerenah mereka. Hari-hariku penuh dengan warna melayan kelucuan dan wajah-wajah polos itu.

Kenakalan mereka membawa senyum yang panjang di penghujung hariku. Betapalah segunung terima kasih ingin kuucapkan buat mereka. Kanak-kanak kecil yang membuatkan aku lupa banyak cerita...yang menyembuhkan seribu luka....yang membuatkan aku bangkit dipagi hari dengan satu senyuman di wajah tuaku....tak sabar melayani kerenah mereka buat sehari lagi....

Hilai tawa itu....senyum manis itu....rajuk itu....semuanya nampak indah di mataku....begitu kecil tubuh mereka...membawa makna yang besar buatku....

Hari lahir yang berulang bersama datangnya November....harapanku cuma satu...kekal bahagia di samping dua insan tersayang dan terus bergelar guru buat si kecil yang tulus dan memberiku kekuatan untuk meneruskan perjuangan.....

Saturday, September 26, 2009


Ewah-ewah...kalau bab berposing..bagilah kat dia. Siap bagi jelingan maut lagi. Dari dalam buaian sampai ke besar panjang....asal bergambar jer dia sengih...asal bergambar jer dia sengih. Entah apalah sangat yang hendak disengihkan, aku sendiripun tak tahu. Pagi raya...pakai baju sama kaler bagai selalu....cam boria la plak. Huh..apa-apa ajelah asalkan BAhagia. KAN? KAN? KAN?




Aidil fitri datang lagi. 20 September 2009, Ahad, buat kesekian kalinya kami meraikan Aidil Fitri bersama-sama dengan penuh kesyukuran. Apalah yang diperlukan oleh seorang isteri selain dari dapat meraikannya bersama-sama dengan suami tercinta. Tiada apa yang lebih membahagiakan hati seorang ibu bila dapat merayakan hari lebaran bersama anak tersayang.


Gambar ini diambil selepas kekasihku balik dari sembahyang sunat Aidil Fitri. Diambil oleh si gila boling...kuang kah kah kah.


Wednesday, September 2, 2009

BILA HIDUP DIPENUHI KASIH DAN SAYANG

Eh...sapa lak ni? Ohhhh...kekasihku dan budak gila boling. He he he...setiap hari berjumpa, pun rinduku tetap tidak mahu hilang. Biarpun berada di depan mata, aku tetap juga merindu bagai nak gila. Atau...memang aku gila kot? Salah ker kalau kita tetap merindu walau tiap hari bertemu....??? Setakat ni polis belum lagi tangkap aku. Kik kik kik...

Dalam serba sederhana...aku rasakan bahawa akulah manusia yang paling kaya. Sang kekasih dan si gila boling ini telah melengkapkan hidupku. Allah Maha Kaya. Aku memang manusia yang paling simple dan tidak banyak permintaan. Doaku selepas solat juga pendek. Bukan kerana aku sombong. Tapi, terasa malu pada Allah untuk meminta lebih-lebih...kerana kehadiran dua insan ini merupakan anugerahNya yang tidak ternilai.

Buat Si Gila Boling...I LOVE U so MUCH. You will always be my number one. ALWAYS. Dan buat Sang Kekasih...kasih sayang, cinta kasih, perhatian dan kemanjaan yang kau berikan telah mengharumi hari-hariku.

So sorry...sebab kalian berdua sering menjadi mangsa jenaka dan usikanku....The truth is...Both of you are the BEST. And will always be.....kik kik kik.

Thursday, August 6, 2009

Budak Gila Boling


Budak mana lak ni? Ohhh si penggemar pizza dan apa-apa saja yang berasaskan coklat. Huh, budak-budak lah katakan. My very best friend merangkap penghilang boring. Kalau aku boring tahap cipan, dialah yang selalu jadi mangsa usikan. Kekadang sampai merajuk kena usik. Ada gak sampai nangis.

Hey budak. You are da best and will alwaz be. Ewahhhh cakap jawa la plak. Budak ni gila boling. Asal dapat best dalam peperiksaan jer, bukan reti mintak hadiah, asyik mintak blanja main boling jer. Cam lah terer sangat. Penah skali dia terjatuh semasa nak lempar bola boling. Keh keh keh....sian dia. Dengan selamba dia lari kat aku sebab malu. Sembunyikan muka dia....kik kik kik...

Dalam tak pandai tu, banyak kali jugak dia dapat strike. Heran aku. Agaknya dia berlatih dalam mimpi kot. Nak kena siasat ni. Cam ner agaknya gaya tidur dia agar dapat berlatih boling dalam mimpi.

Manja dan mengada-ngada adalah identiti yang tak dapat dipisahkan darinya. Tapi, paling pandai buat sandwich telur. Ewah....nak roti bakar pesen mana..semua dia leh buat. Tapi kebanyakkannya dia yang habiskan. Sekeping dua jer bagi kat aku. ish..ish..ish...memang tak patut.

oit, budak! Jangan marah yer. Kalau marah, nanti kena jual.




Senyuman Buat Sang Kekasih


Ogos datang lagi. Tiap-tiap tahun ada bulan Ogos. Heran aku. Gambar yang aku ambil diawal Ogos 2009. Baru bangun tido. Mata bengkak...senyum itu ku ukir untuk seorang kekasih sebenarnya. Telah ku hantar ke telefon bimbitnya. Dan, ku paksa dia setkan sebagai wallpaper kat ensetnya. heh heh heh...padan muka dia. Biar dia lugal dan mual tiap kali tengok muka aku yang baru bangun tido tu.

Bercerita tentang kekasih...sebenarnya jatuh cinta itu sesuatu yang indah. Berapapun usia anda, biarkan saja diri anda jatuh cinta. Tapi ingat......cinta terlarang tidak indah. Jadi, elakkan cinta terlarang. Cinta boleh membawa bahagia. Pun di situ juga ada banyak derita dan air mata.

Cinta yang berbunga di dada membuatkan aku sesekali menyanyi kecil sendirian. Mendongak ke langit dan tersenyum melihat ciptaanNya. Bertemu janji pada hari minggu sungguh mengasyikkan. Berjalan berpimpin tangan....makan semeja berdua.....indah...memang tidak dapat dinafikan keindahannya.


Jadi...jangan takut sekiranya anda jatuh cinta. Tak yah payar pun. Rindu tu percuma. Jatuh cinta pun free jer.

Buat sang kekasih.....harap cinta kasihku sudah memadai buatmu.

aku, kau, alyn, dia dan mereka

Friday, July 17, 2009

Aku, Kau, Alyn, Dia dan Mereka

aku, kau, alyn, dia dan mereka
kau, alyn, dia, mereka dan aku
alyn, dia, mereka, aku dan kau
dia, mereka, aku, kau dan alyn
mereka, aku, kau, alyn dan dia

kita semua satu dan sama
membentuk kekitaan
dan kenangan
lantas terciptalah senyuman dan tangisan
yang mewarnai...
hidup aku, kau, alyn, dia dan mereka

(faham tak??? aku pun tak faham)
kik kik kik