Saturday, September 26, 2009


Ewah-ewah...kalau bab berposing..bagilah kat dia. Siap bagi jelingan maut lagi. Dari dalam buaian sampai ke besar panjang....asal bergambar jer dia sengih...asal bergambar jer dia sengih. Entah apalah sangat yang hendak disengihkan, aku sendiripun tak tahu. Pagi raya...pakai baju sama kaler bagai selalu....cam boria la plak. Huh..apa-apa ajelah asalkan BAhagia. KAN? KAN? KAN?




Aidil fitri datang lagi. 20 September 2009, Ahad, buat kesekian kalinya kami meraikan Aidil Fitri bersama-sama dengan penuh kesyukuran. Apalah yang diperlukan oleh seorang isteri selain dari dapat meraikannya bersama-sama dengan suami tercinta. Tiada apa yang lebih membahagiakan hati seorang ibu bila dapat merayakan hari lebaran bersama anak tersayang.


Gambar ini diambil selepas kekasihku balik dari sembahyang sunat Aidil Fitri. Diambil oleh si gila boling...kuang kah kah kah.


Wednesday, September 2, 2009

BILA HIDUP DIPENUHI KASIH DAN SAYANG

Eh...sapa lak ni? Ohhhh...kekasihku dan budak gila boling. He he he...setiap hari berjumpa, pun rinduku tetap tidak mahu hilang. Biarpun berada di depan mata, aku tetap juga merindu bagai nak gila. Atau...memang aku gila kot? Salah ker kalau kita tetap merindu walau tiap hari bertemu....??? Setakat ni polis belum lagi tangkap aku. Kik kik kik...

Dalam serba sederhana...aku rasakan bahawa akulah manusia yang paling kaya. Sang kekasih dan si gila boling ini telah melengkapkan hidupku. Allah Maha Kaya. Aku memang manusia yang paling simple dan tidak banyak permintaan. Doaku selepas solat juga pendek. Bukan kerana aku sombong. Tapi, terasa malu pada Allah untuk meminta lebih-lebih...kerana kehadiran dua insan ini merupakan anugerahNya yang tidak ternilai.

Buat Si Gila Boling...I LOVE U so MUCH. You will always be my number one. ALWAYS. Dan buat Sang Kekasih...kasih sayang, cinta kasih, perhatian dan kemanjaan yang kau berikan telah mengharumi hari-hariku.

So sorry...sebab kalian berdua sering menjadi mangsa jenaka dan usikanku....The truth is...Both of you are the BEST. And will always be.....kik kik kik.