Thursday, August 6, 2009

Budak Gila Boling


Budak mana lak ni? Ohhh si penggemar pizza dan apa-apa saja yang berasaskan coklat. Huh, budak-budak lah katakan. My very best friend merangkap penghilang boring. Kalau aku boring tahap cipan, dialah yang selalu jadi mangsa usikan. Kekadang sampai merajuk kena usik. Ada gak sampai nangis.

Hey budak. You are da best and will alwaz be. Ewahhhh cakap jawa la plak. Budak ni gila boling. Asal dapat best dalam peperiksaan jer, bukan reti mintak hadiah, asyik mintak blanja main boling jer. Cam lah terer sangat. Penah skali dia terjatuh semasa nak lempar bola boling. Keh keh keh....sian dia. Dengan selamba dia lari kat aku sebab malu. Sembunyikan muka dia....kik kik kik...

Dalam tak pandai tu, banyak kali jugak dia dapat strike. Heran aku. Agaknya dia berlatih dalam mimpi kot. Nak kena siasat ni. Cam ner agaknya gaya tidur dia agar dapat berlatih boling dalam mimpi.

Manja dan mengada-ngada adalah identiti yang tak dapat dipisahkan darinya. Tapi, paling pandai buat sandwich telur. Ewah....nak roti bakar pesen mana..semua dia leh buat. Tapi kebanyakkannya dia yang habiskan. Sekeping dua jer bagi kat aku. ish..ish..ish...memang tak patut.

oit, budak! Jangan marah yer. Kalau marah, nanti kena jual.




No comments:

Post a Comment