Thursday, August 6, 2009

Budak Gila Boling


Budak mana lak ni? Ohhh si penggemar pizza dan apa-apa saja yang berasaskan coklat. Huh, budak-budak lah katakan. My very best friend merangkap penghilang boring. Kalau aku boring tahap cipan, dialah yang selalu jadi mangsa usikan. Kekadang sampai merajuk kena usik. Ada gak sampai nangis.

Hey budak. You are da best and will alwaz be. Ewahhhh cakap jawa la plak. Budak ni gila boling. Asal dapat best dalam peperiksaan jer, bukan reti mintak hadiah, asyik mintak blanja main boling jer. Cam lah terer sangat. Penah skali dia terjatuh semasa nak lempar bola boling. Keh keh keh....sian dia. Dengan selamba dia lari kat aku sebab malu. Sembunyikan muka dia....kik kik kik...

Dalam tak pandai tu, banyak kali jugak dia dapat strike. Heran aku. Agaknya dia berlatih dalam mimpi kot. Nak kena siasat ni. Cam ner agaknya gaya tidur dia agar dapat berlatih boling dalam mimpi.

Manja dan mengada-ngada adalah identiti yang tak dapat dipisahkan darinya. Tapi, paling pandai buat sandwich telur. Ewah....nak roti bakar pesen mana..semua dia leh buat. Tapi kebanyakkannya dia yang habiskan. Sekeping dua jer bagi kat aku. ish..ish..ish...memang tak patut.

oit, budak! Jangan marah yer. Kalau marah, nanti kena jual.




Senyuman Buat Sang Kekasih


Ogos datang lagi. Tiap-tiap tahun ada bulan Ogos. Heran aku. Gambar yang aku ambil diawal Ogos 2009. Baru bangun tido. Mata bengkak...senyum itu ku ukir untuk seorang kekasih sebenarnya. Telah ku hantar ke telefon bimbitnya. Dan, ku paksa dia setkan sebagai wallpaper kat ensetnya. heh heh heh...padan muka dia. Biar dia lugal dan mual tiap kali tengok muka aku yang baru bangun tido tu.

Bercerita tentang kekasih...sebenarnya jatuh cinta itu sesuatu yang indah. Berapapun usia anda, biarkan saja diri anda jatuh cinta. Tapi ingat......cinta terlarang tidak indah. Jadi, elakkan cinta terlarang. Cinta boleh membawa bahagia. Pun di situ juga ada banyak derita dan air mata.

Cinta yang berbunga di dada membuatkan aku sesekali menyanyi kecil sendirian. Mendongak ke langit dan tersenyum melihat ciptaanNya. Bertemu janji pada hari minggu sungguh mengasyikkan. Berjalan berpimpin tangan....makan semeja berdua.....indah...memang tidak dapat dinafikan keindahannya.


Jadi...jangan takut sekiranya anda jatuh cinta. Tak yah payar pun. Rindu tu percuma. Jatuh cinta pun free jer.

Buat sang kekasih.....harap cinta kasihku sudah memadai buatmu.

aku, kau, alyn, dia dan mereka